Sunday, 29 December 2013

RM500,000 jaya Program 4P bagi perkasa usahawan Selangor

KLANG 28 DIS : Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 500,000 pada tahun hadapan bagi menjayakan program 4P (Peningkatan Pengupayaan Pembungkusan Produk) dalam usaha memperkasakan bidang keusahawanan di Selangor.
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr. Daroyah Alwi, berkata program yang dijayakan dengan kerjasama Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) itu akan melibatkan 50 orang usahawan terpilih.
DSC_6668Katanya, mereka yang terpilih berpeluang menimba latihan secara praktikal berkenaan proses pembungkusan produk yang bertaraf tinggi.
“Mereka akan diberikan khidmat nasihat, ujian nutrisi, reka bentuk pembungkusan, paten dan pensijilan halal daripada SIRIM.
“Sebenarnya kita juga sudah ada graduan daripada program 4P, yang mengaku bahawa hasil jualan mereka meningkat berkali ganda jika dibandingkan dengan keadaan sebelum adanya pembungkusan 4P,” kata Daroyah di hadapan lebih 100 hadirin.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Karnival Usahawan Peringkat Daerah Klang di Padang Taman Seri Kerayong, Kapar pagi tadi yang turut dihadiri Adun Meru, Dr Abdul Rani Othman.
Daroyah turut mengumumkan satu laman portal induk yang akan bertindak sebagai ‘One Stop Center’ kepada para usahawan di Selangor bakal dibangunkan pada tahun hadapan.
DSC_6635“Kita akan pautkan semua portal peringkat jabatan dan agensi dengan portal induk ini dan diharap ianya akan dijadikan platform bagi semua aktiviti keusahawanan untuk memasarkan produk secara online mahupun bagi menguar-uarkan program dianjurkan.
“Dengan ini, aktiviti ekonomi negeri juga dapat dirancakkan apabila para pelanggan dapat berhubung dengan penjual tanpa orang tengah, seterusnya menjimatkan kos dan memberi lebih kuasa membeli kepada pelanggan atau pengguna,” katanya lagi.
Sejurus selesai berucap, beliau turut berkesempatan melawat kira-kira 100 buah gerai di sekitar tapak karnival walaupun dalam keadaan becak.
Antara aktiviti menarik sepanjang karnival ini ialah perlawanan futsal berkain pelekat, pertandingan memasak bubur lambuk di antara ketua-ketua kampung di sekitar daerah Klang dan program berbasikal sejauh 28 kilometer.

Oleh : Lizawati Madfa (Media Selangorku)

Monday, 16 December 2013

Tips Kesihatan Menurut Islam


  1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya In sya Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

  4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

  5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sain telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sunday, 8 December 2013

JOM KITA MERIAHKAN!


Perasmian Selangor Agrofest 2013 (SAF)

TARIKH : 29 November 2013 (Jumaat) 8.30 malam.
AKTIVITI : Perasmian Selangor Agrofest (SAF) 2013.
LOKASI : Perkarangan Stadium Shah Alam.








Thursday, 5 December 2013

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013

TARIKH : 30 November 2013 (Sabtu) 8.30petang.
AKTIVITI : Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013.
LOKASI : Perkarangan Stadium Shah Alam.


Sabtu lalu, Kerajaan Negeri meraikan sebanyak 45 pasangan mempelai yang terdiri daripada pasangan Melayu, Cina dan India pada Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013 yang berlangsung meriah di Perkarangan Stadium Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada semua mempelai, semoga ikatan dan perkongsian ini memperkuatkan lagi azam untuk terus maju kehadapan selain mengecap kebahagiaan hingga akhir hayat. Tahniah YB Ahmad Yunus Hairi atas penganjuran program ini. Kerajaan Negeri tidak lupa dan turut menghadiahkan RM500 sebagai insentif perkahwinan.





Monday, 2 December 2013

Selangor PWB Mart!

TARIKH : 30 November 2013 (Sabtu) 9.00pagi. 
AKTIVITI : Pelancaran Selangor PWB Mart.
LOKASI : Bulatan Bazarena, Seksyen 13, Shah Alam.

Pelancaran di lakukan oleh YB Puan Hajah Rodziah Ismail Exco Kerajaan Negeri Selangor Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita merangkap ADUN Batu Tiga.

Ianya merupakan  fasa awal untuk mengembang rangkaian usahawan dan membina pasaran produk-produk Pusat Wanita Berdaya (PWB) di negeri Selangor. 







Penyerahan 2 surat beranak

TARIKH : 27 November 2013 (Rabu) 9.00malam.
AKTIVITI : Menyerahkan sijil kelahiran surat beranak kepada dua anak kaum India.
LOKASI : Pusat Khidmat Masyarakat Kapar.


Penyerahan sijil kelahiran surat beranak kepada dua adik beradik warga india yang tidak pernah memiliki bukti kewarganegaraan sejak lahir akibat kematian kedua ibubapa. 

Rajathi, 9 tahun, tidak mampu bersekolah sedangkan rakan sebayanya kini telahpun berada di darjah 3. Nasib yg sama turut dirasai adiknya, Elanila, 4 tahun. 

Kedua-dua mereka kini dibesarkan oleh sebuah keluarga angkat di sini. 

Nasib mereka telah diperjuangkan, semoga mereka dapat menimba ilmu seterusnya berjaya di masa hadapan.





Turun padang

TARIKH : 18 November 2013 (Isnin).
AKTIVITI : Turun padang melihat sendiri punca permasalahan banjir.
LOKASI : Jalan Keretapi Lama.






Tuesday, 26 November 2013

Akan menggegarkan anda! Karnival Usahawan Dun Sementa 2013!!!


Penurunan 20 kes kencing tikus


1 DUN, 1 pusat dialisis rakyat

SHAH ALAM 25 NOV : Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Pusat Dialisis Rakyat (PDR) di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi memenuhi keperluan rakyat.
Exco Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr Daroyah Alwi, berkata satu bentuk kerjasama dilakukan dengan beberapa entiti termasuk pihak swasta bagi memenuhi hasrat itu.
Dr Daroyah DNSKatanya, kerajaan negeri juga bercadang untuk mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincang dan mendapatkan kerjasama dalam merealisasikan hasrat itu.
“Kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia penting kerana lesen yang sah diperlukan sebelum sesebuah PDR dapat beroperasi.
“Ketika ini, kerajaan negeri berjaya mewujudkan empat PDR di Ampang, Taman Medan, Sementa dan Lembah Keramat, manakala sebuah lagi di Jalan Kebun sedang menunggu kelulusan kementerian.
“Jumlah mesin dialisis yang digunakan adalah 33 buah dan seramai 91 orang pesakit sedang menerima rawatan di seluruh PDR sedia ada,” katanya.
Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Razaly Hassan (PAS-Dusun Tua) berhubung usaha yang diambil untuk menjayakan perancangan pusat rawatan dialisis rakyat di seluruh daerah Selangor.
Daroyah berkata, kerajaan negeri juga berhasrat menyediakan bantuan kos rawatan untuk pesakit buah pinggang di pusat hemodialisis selain PDR kerana masih banyak DUN belum memiliki pusat dialisis sendiri.
Katanya, PDR mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan tanpa mengenakan sebarang bayaran sehingga kini.
“Perkhidmatan yang diberikan tanpa mengambil kira jantina, kaum, agama, fahaman politik atau kedudukan individu berkenaan dalam masyarakat.
“Setiap rakyat Selangor berhak mendapatkan yang terbaik dan itu memang hasrat kerajaan negeri dan akan terus didukung untuk kebaikan setiap lapisan masyarakat,” katanya.
Oleh : Afeeqa Afeera (Media Selangorku)

Monday, 25 November 2013

Takziah kepada keluarga mangsa kebakaran.

TARIKH : 24 November 2013 (Ahad).
AKTIVITI : Menyampaikan sumbangan kilat kepada dua keluarga mangsa kebakaran.
LOKASI : Kampung Perepat dan Taman Mas.

Takziah diucapkan kepada dua keluarga mangsa kebakaran, Puan Rahmah Binti Rahmat (ibu tunggal) dan En. Abdul Karim Ramasamy. Semoga mereka terus kuat dan tabah untuk menempuhi hari-hari mendatang. 

Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan demi meringankan beban rakyat Selangor.











Majlis Rumah Terbuka Deepavali Dun Sementa

TARIKH : 23 November 2013 (Sabtu) 5.00petang.
AKTIVITI : Majlis Rumah Terbuka Deepavali Dun Sementa.
LOKASI : Padang MPK Taman Klang Utama.

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Deepavali Dun Sementa Parlimen Kapar yang berlangsung meriah dan berwarna warni di Padang MPK Taman Klang Utama. 

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti tarian tradisional kaum India, selain itu majlis turut menghidangkan hidangan-hidangan traditional mereka seperti capati, roti canai dan rojak. 

Tidak ketinggalan dan turut dihiburkan, anak-anak yatim dari pusat jagaan anak yatim sekitar Dun Sementa.

Kehadiran ratusan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama meraikan perayaan ini membuktikan kehidupan aman majmuk, semoga ia terus berkekalan sampai bila-bila.

HAPPY DEEPAVALI!