Tuesday, 15 October 2013

Jom Shopping 2013

TARIKH : 13 Oktober 2013 (Ahad) 9.00 pagi.
AKTIVITI : Program Jom Shopping Aidiladha 2013
LOKASI : Pasaraya Econsave, Jalan Tap, Kapar.


KLANG 13 OKTOBER : Seramai 100 orang penduduk di DUN Sementa, Klang ternyata gembira setelah menerima bantuan Jom Shopping Aildiladha yang dilakukan di pasaraya Econsave Kapar, dekat sini hari ini.
Program yang dilaksanakan menjelang sambutan Aildiladha ini merupakan kesinambungan program Jom Shopping Aildilfitri yang dilaksanakan Kerajaan Negeri beberapa bulan lalu.
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawanan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata, bantuan yang diberikan ini merupakan baki peruntukan Jom Shopping Aildilfitri di beberapa DUN lain yang tidak berjaya dihabiskan menjelang bulan Syawal lalu.
Katanya, Kerajaan Negeri berhasrat mahu menghabiskan semua peruntukan Jom Shopping Aildilfitri lalu dan DUN Sementa menjadi yang pertama memohon untuk baucer tambahan program berkenaan.
“Kerajaan Negeri mahu menghabiskan peruntukan Jom Shopping Aidilfitri lalu dan hasil mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan boleh memohon untuk baucer tambahan.
“Jadi Sementa cepat-cepat ambil peluang ini dan beri kepada golongan yang memerlukan menjelang sambutan Aidiladha minggu hadapan,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan peruntukan berjumlah RM2.8 juta kepada 56 DUN di seluruh Selangor untuk program Jom Shopping Aidilfitri.
Dalam pada itu, seorang penerima baucer berkenaan, Sutimah Kaslar, 65, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.
“Banyak perubahan yang saya dapat lihat, pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti saya dan ramai lagi yang senasib saya, terima kasih kepada Dr Daroyah dan Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemuim
Bagi Azlinda Basri, 45, pula menyifatkan bantuan ini dapat mengurangkan sedikit beban penyediaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.
“Kita ini orang susah, jadi dengan kenaikan kos harga barang, dengan harga minyak naik dan macam-macam lagi, bantuan seperti ini dilihat sangat membantu membeli barang keperluan dapur,” katanya. - Selangorku







No comments:

Post a Comment