• Loya dan muntah
• Memulas dan sakit perut
• Cirit-birit
• Kadangkala demam dan kesejukan
Bilakah Gejala-Gejala Ini Timbul?
Biasanya gejala-gejala ini timbul beberapa jam selepas makan makanan yang tercemar
(beracun) atau beberapa hari kemudiannya.
Gejala yang dialami berbeza dari seseorang ke seorang yang lain bergantung kepada
• Ketahanan seseorang
• Jenis racun
• Jumlah racun yang termakan
• Umur seseorang
Apakah Punca Keracunan Makanan?
Punca utama ialah makan makanan yang
• Mengandungi toksin atau racun semulajadi seperti setengah jenis kulat, cendawan,
makanan laut (“shell-fish”) dan sebagainya.
• Tercemar oleh kuman yang merbahaya
• Tercemar oleh bahan-bahan kimia
• Tercemar oleh lalat, habuk dan sebagainya
Bagaimana Cara Jangkitan?
• Penjaja/penjual tidak menghirau kebersihan diri dan juga kebersihan gerainya
• Penjaja/penjual tidak mengamalkan kebersihan ketika menyediakan makanan
• Menjamah makanan dengan tangan yang kotor
Penjaja/penjual mendedahkan makanan kepada lalat, habuk dan sebagainya
• Pengguna tidak peduli tentang kebersihan makanan yang dibeli
Bolehkah Masalah Ini Diatasi?
Masalah ini boleh diatasi jika kita semua sebagai pengguna, menuntut hak-hak
kita untuk
• Memilih makanan yang dijual oleh penjual yang mengamalkan kebersihan
• Menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan
• Mendapatkan sokongan dan kerjasama kawan dan saudara mara supaya menjauhi
dari membeli makanan dari gerai yang kotor
• Menegur penjual yang tidak mengamalkan kebersihan
• Melaporkan penjaja/peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan/Majlis Bandaran
Bolehkan Keracunan Makanan Berlaku Di Rumah?
Ya …………..
Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan,
menghidang dan juga semasa makan makanan
• Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :
Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan
menyentuh makanan
Jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu
atau penyepit yang bersih
Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan. Jangan
gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam,
sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai
peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.
JIKA TERJADI KERACUNAN MAKANAN KEPADA ANDA ATAU KELUARGA ANDA
• Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
• Simpan makanan yang disyaki menyebabkan keracunan, supaya pihak kakitangan
kesihatan dapat membuat kajian selanjutnya.
Pastikan orang lain tidak makan makanan tersebut
• Laporkan semua kejadian keracunan di Pejabat Kesihatan atau Pusat Kesihatan
yang berhampiran dengan segera.
No comments:
Post a Comment