Monday, 15 December 2014

Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, SUK.














Warga emas adalah sebahagian daripada ahli masyarakat. Mereka mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Sumbangan mereka kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara begitu banyak. Walaupun mereka mungkin sudah berumur, mereka boleh menjadi penasihat utama kepada keluarga dan tidak keterlaluan jika dikatakan yang mereka ini adalah aset negara yang paling berharga. Sebab itu saya beri cadangan tema Majlis Sambutan ini adalah Bakti Disanjungi. 


Senario Penuaan Penduduk di Selangor

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, 4 tahun lepas seramai 5,345,454 orang yang tinggal di negeri Selangor yang paling tinggi daripada negeri lain. 327,703 orang berumur 60 tahun dan ke atas adalah sebahagian daripada penduduk Selangor. 

Tambahan penduduk yang paling pesat bagi tempoh 1991 - 2000 adalah bagi negeri Selangor (6.02 peratus setahun). Bagi negeri Selangor kepesatan pertambahan penduduk ini adalah disebabkan oleh pembangunan dan perkembangan industri yang pesat serta bertambahnya kawasan perumahan dan kemasukan penduduk dari negeri lain.

Peranan Warga emas masih lagi diperlukan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, bertoleransi, yang mana masyarakatnya berkeyakinan, mempunyai nilai-nilai moral serta etika yang utuh dan mampu menjamin kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

Kami tidak lupa jasa baik warga emas dan sukarelawan warga emas telah mengorbankan masa, tenaga dan wang dengan komitmen tinggi sejajar tema Baktimu Disanjungi. Oleh itu, kami memberi penghargaan kepadanya iaitu Tokoh Anugerah Warga Emas Cemerlang, Penghargaan Penghuni Institusi Warga Emas Cemerlang, Penghargaan Sukarelawan Warga Emas Cemerlang dan Penghargaan Pusat Aktiviti Warga Emas.

Justeranya, kami berharap warga emas dan sukarelawan terus menyumbang kepada negara, tidak kiralah dalam apa jua bentuk pun, maka kita perlulah mencadangkan apa yang boleh mereka sumbangkan.

Selain itu, Tuan-tuan dan Puan-puan, saya juga mengharapkan agar sektor korporat dan swasta turut bersama-sama kita dalam memberikan pengiktirafan, sokongan dan bantuan kepada setiap warga emas yang memerlukannya. Sokongan semua adalah kekuatan kepada warga emas ini dalam menentukan mereka tidak tertekan dari segi emosi, kewangan dan kesihatan dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan bantuan sehingga akhir hayat mereka.

Di sini juga saya sekali lagi, mengingatkan betapa pentingnya kita mengambil berat mengenai segala keperluan dan kehendak warga emas ini. Kita juga akan menempuhi usia emas ini dan pastinya kita mengharapkan perhatian dan layanan yang terbaik daripada anak-anak serta ahli masyarakat sekeliling kita. Justeru, hargailah golongan ini, sayangi mereka dan jadikan mereka warga emas yang aktif dan produktif terhadap pembangunan negara. Apa yang kerajaan lakukan hari ini, adalah tanda ingatan serta pengiktirafan terhadap sumbangan warga emas ini sepanjang usia mereka.

Kepada semua penerima anugerah pada tahun ini, syabas sekali lagi saya ucapkan. 

Ketahuilah dan berbesar hatilah bahawa generasi muda yang ada sekarang adalah bukti kejayaan dan ketabahan anda semua.


Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Sebagai kesimpulan, kesejahteraan sosial dan pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa ini adalah hasil titik peluh dan usaha gigih generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas. 

Sehubungan itu, adalah menjadi obligasi sosial dan komitmen Kerajaan untuk menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan bagi membolehkan warga emas kita menua secara aktif, produktif dan sihat.

Seterusnya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Warga Emas 2014 Peringkat Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, agensi-agensi kerajaan dan swasta, NGO’s dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis sambutan pada kali ini. 

Sekianlah sahaja memohon ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan di dalam penganjuran majlis pada petang ini dan jika terdapat kesilapan tutur bicara di dalam persembahan ucapan saya sebentar tadi. 

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Sambutan Hari Warga Emas 2014 Peringkat Negeri Selangor ini.


END/

Friday, 12 December 2014

Merasmikan Program Karnival Kolam Air Panas Selayang










TEKS UCAPAN
YB. PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA NEGERI SELANGOR
DI PROGRAM
KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014
PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
13 DISEMBER 2014 (SABTU)
09.00 PAGI


SOLUTASI :

ASSALAMUALIKUM & SELAMAT PAGI

TERIMA KASIH KEPADA PENGACARA MAJLIS

YANG BERUSAHA TUAN MOHD AZIZI BIN MOHD ZAIN
YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

YANG BERHORMAT TUAN WILLIAM LEONG JEEN KEEN
AHLI PARLIMEN SELAYANG

YANG BERUSAHA TUAN MOHAMAD ZAIN BIN A HAMID
TIMBALAN YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

YANG DIHORMATI AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

WAKIL-WAKIL DARI KEMENTERIAN PELANCONGAN, WAKIL-WAKIL KETUA JABATAN DAERAH GOMBAK, WAKIL DARI TOURISM SELANGOR, PIHAK STANDARD CHARTED, WAKIL PIHAK UPEN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA PIHAK MEDIA SEKELIAN.

PENDAHULUAN :

SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T. DENGAN IZIN-NYA KITA DAPAT BERTEMU PADA PAGI INI, BAGI BERSAMA-SAMA DI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014” PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG KERANA DI ATAS KESUDIAN MENGUNDANG SAYA BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN ”KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014”   PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG.

SAYA JUGA MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGANJUR IAITU MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG DENGAN KERJASAMA PELBAGAI PIHAK YANG TELAH BERUSAHA GIGIH UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM PADA KALI INI.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN

KHASIAT KOLAM AIR PANAS SEMEMANGNYA DIPERCAYAI DAPAT MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT KULIT. PENYELIDIKAN OLEH NEW ENGLAND MEDICINE MENUNJUKKAN PESAKIT DIABETES YANG BERENDAM SELAMA SETENGAH JAM DI DALAM AIR SUAM BOLEH MENURUNKAN 13% KADAR GULA DALAM DARAH. DI JEPUN, 10 MINIT BERENDAM DALAM AIR PANAS MAMPU MEMPERBAIKI KESIHATAN JANTUNG (TERUTAMANYA GOLONGAN LELAKI).
DENGAN BERENDAM DALAM KOLAM AIR PANAS JUGA MAMPU MENGELUARKAN RACUN ATAU TOKSIN APABILA MANDI AIR SEKITAR 32-35 CELSIUS, DIPERCAYAI IA MAMPU MEMBUKA LIANG ATAU RUANG PADA KULIT. SELAIN DAPAT MENURUNKAN KADAR GULA, IA MAMPU MENYEMBUHKAN SAKIT OTOT DAN MENJAGA USUS BESAR SUPAYA DAPAT BEKERJA DENGAN BAIK.

ANTARA KHASIAT LAIN, MERENDAM KAKI DI DALAM AIR SUAM ATAU PANAS MEMBANTU DALAM PENYEMBUHAN SELSEMA, SAKIT KEPALA DAN MENYEGARKAN KAKI. APATAH LAGI DENGAN KEHADIRAN MINYAK MANDIAN ATAU AROMA TERAPI. SANGAT MEMBANTU UNTUK MANDI APABILA CUACA YANG TERLALU DINGIN.

OLEH ITU, SAYA BERHARAP PARA PENGUNJUNG DAPAT MEMPERGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN INI UNTUK TUJUAN KESIAHATAN DAN REKREASI BERSAMA KELUARGA.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN

KITA BERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA DENGAN KEPESATAN PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR YANG MAJU DAN TERANCANG INI, KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN KEPERLUAN PEMBANGUNAN  KAWASAN PELANCONGAN DAN PRODUK KESIHATAN SEPERTI KOLAM AIR PANAS INI.

ADALAH MENJADI HARAPAN SAYA AGAR PARA PENGUNJUNG TERUTAMANYA PENDUDUK SEKITAR KAWASAN INI AKAN DAPAT MEMANFAATKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TELAH DIBINA, DIBANGUNKANKAN DAN DINAIKTARAF DI SEKITAR KOLAM AIR PANAS INI BAGI TUJUAN SUKAN, RIADAH SERTA REKREASI SEKALI GUS DAPAT MENJAGA KESIHATAN DIRI MASING-MASING.

INI ADALAH MERUPAKAN SATU (1) LAGI MERCU TANDA BARU PRODUK PELANCONGAN KESIHATAN YANG TERDAPAT DI NEGERI SELANGOR IAITU PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS YANG PERLU DIPROMOSIKAN DENGAN LEBIH MELUAS.

TAHNIAH DAN SYABAS JUGA KEPADA TUAN MOHD AZIZI BIN MOHD ZAIN, YANG DIPERTUA, MPS KERANA TELAH BERSEDIA UNTUK MELULUSKAN SEJUMLAH BESAR PERUNTKKAN BAGI MENAIK TARAF KAWASAN KOLAM AIR PANAS SELAYANG INI. DIMAKLUMKAN PERUNTUKKAN ADALAH SEBANYAK RM 2.5 JUTA TELAH PUN DILULUSKAN DAN DIANGGARKAN PROJEK PEMBANGUNAN KAWASAN INI AKAN BERMULA SEAWAL BULAN FEBRUARI 2015.

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN

PENGANJURAN PROGRAM SEPERTI INI WAJAR DIJADIKAN CONTOH AKTIVITI YANG MAMPU MENARIK PERHATIAN PENGUNJUNG DARI DALAM DAN LUAR NEGARA.  IANYA BUKAN SAHAJA MEMBERI FOKUS KEPADA KOLAM AIR PANAS ITU SEMATA-MATA MALAH TEMPAT INI JUGA BOLEH DIPELBAGAIGUNAKAN OLEH AKTIVITI-AKTIVITI YANG LAIN SEPERTI YANG KITA LAKSANAKAN PADA HARI INI.

OLEH YANG DEMIKIAN, MAKA BESARLAH HARAPAN SAYA SEKIRANYA PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG DAPAT MENJADIKAN PROGRAM INI SEBAGAI ACARA TAHUNAN PBT. SAYA JUGA BERHARAP PIHAK MPS DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI AKTIVITI PROMOSI TERHADAP KOLAM AIR PANAS SELAYANG INI KEPADA PENGUNJUNG.

SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN, SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR DI ATAS UNDANGAN KEPADA SAYA UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS PADA PAGI INI.

DENGAN LAFAZ MULIA, BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..SAYA MERASMIKAN ” KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014” PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG.

SEKIAN, TERIMA KASIH.