TEKS UCAPAN
YB. PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA NEGERI SELANGOR
DI PROGRAM
KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014
PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
13 DISEMBER 2014 (SABTU)
09.00 PAGI
SOLUTASI :
ASSALAMUALIKUM & SELAMAT PAGI
TERIMA KASIH KEPADA PENGACARA MAJLIS
YANG BERUSAHA TUAN MOHD AZIZI BIN MOHD ZAIN
YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
YANG BERHORMAT TUAN WILLIAM LEONG JEEN KEEN
AHLI PARLIMEN SELAYANG
YANG BERUSAHA TUAN MOHAMAD ZAIN BIN A HAMID
TIMBALAN YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
YANG DIHORMATI AHLI-AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
WAKIL-WAKIL DARI KEMENTERIAN PELANCONGAN, WAKIL-WAKIL KETUA JABATAN DAERAH GOMBAK, WAKIL DARI TOURISM SELANGOR, PIHAK STANDARD CHARTED, WAKIL PIHAK UPEN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA PIHAK MEDIA SEKELIAN.
PENDAHULUAN :
SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T. DENGAN IZIN-NYA KITA DAPAT BERTEMU PADA PAGI INI, BAGI BERSAMA-SAMA DI MAJLIS PERASMIAN PROGRAM “KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014” PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
TERLEBIH DAHULU, SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG KERANA DI ATAS KESUDIAN MENGUNDANG SAYA BAGI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN ”KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014” PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG.
SAYA JUGA MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGANJUR IAITU MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG DENGAN KERJASAMA PELBAGAI PIHAK YANG TELAH BERUSAHA GIGIH UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM PADA KALI INI.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN
KHASIAT KOLAM AIR PANAS SEMEMANGNYA DIPERCAYAI DAPAT MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT KULIT. PENYELIDIKAN OLEH NEW ENGLAND MEDICINE MENUNJUKKAN PESAKIT DIABETES YANG BERENDAM SELAMA SETENGAH JAM DI DALAM AIR SUAM BOLEH MENURUNKAN 13% KADAR GULA DALAM DARAH. DI JEPUN, 10 MINIT BERENDAM DALAM AIR PANAS MAMPU MEMPERBAIKI KESIHATAN JANTUNG (TERUTAMANYA GOLONGAN LELAKI).
DENGAN BERENDAM DALAM KOLAM AIR PANAS JUGA MAMPU MENGELUARKAN RACUN ATAU TOKSIN APABILA MANDI AIR SEKITAR 32-35 CELSIUS, DIPERCAYAI IA MAMPU MEMBUKA LIANG ATAU RUANG PADA KULIT. SELAIN DAPAT MENURUNKAN KADAR GULA, IA MAMPU MENYEMBUHKAN SAKIT OTOT DAN MENJAGA USUS BESAR SUPAYA DAPAT BEKERJA DENGAN BAIK.
ANTARA KHASIAT LAIN, MERENDAM KAKI DI DALAM AIR SUAM ATAU PANAS MEMBANTU DALAM PENYEMBUHAN SELSEMA, SAKIT KEPALA DAN MENYEGARKAN KAKI. APATAH LAGI DENGAN KEHADIRAN MINYAK MANDIAN ATAU AROMA TERAPI. SANGAT MEMBANTU UNTUK MANDI APABILA CUACA YANG TERLALU DINGIN.
OLEH ITU, SAYA BERHARAP PARA PENGUNJUNG DAPAT MEMPERGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN KEMUDAHAN YANG TELAH DISEDIAKAN INI UNTUK TUJUAN KESIAHATAN DAN REKREASI BERSAMA KELUARGA.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN
KITA BERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA DENGAN KEPESATAN PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR YANG MAJU DAN TERANCANG INI, KERAJAAN NEGERI TIDAK PERNAH MEMINGGIRKAN KEPERLUAN PEMBANGUNAN KAWASAN PELANCONGAN DAN PRODUK KESIHATAN SEPERTI KOLAM AIR PANAS INI.
ADALAH MENJADI HARAPAN SAYA AGAR PARA PENGUNJUNG TERUTAMANYA PENDUDUK SEKITAR KAWASAN INI AKAN DAPAT MEMANFAATKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TELAH DIBINA, DIBANGUNKANKAN DAN DINAIKTARAF DI SEKITAR KOLAM AIR PANAS INI BAGI TUJUAN SUKAN, RIADAH SERTA REKREASI SEKALI GUS DAPAT MENJAGA KESIHATAN DIRI MASING-MASING.
INI ADALAH MERUPAKAN SATU (1) LAGI MERCU TANDA BARU PRODUK PELANCONGAN KESIHATAN YANG TERDAPAT DI NEGERI SELANGOR IAITU PUSAT REKREASI KOLAM AIR PANAS YANG PERLU DIPROMOSIKAN DENGAN LEBIH MELUAS.
TAHNIAH DAN SYABAS JUGA KEPADA TUAN MOHD AZIZI BIN MOHD ZAIN, YANG DIPERTUA, MPS KERANA TELAH BERSEDIA UNTUK MELULUSKAN SEJUMLAH BESAR PERUNTKKAN BAGI MENAIK TARAF KAWASAN KOLAM AIR PANAS SELAYANG INI. DIMAKLUMKAN PERUNTUKKAN ADALAH SEBANYAK RM 2.5 JUTA TELAH PUN DILULUSKAN DAN DIANGGARKAN PROJEK PEMBANGUNAN KAWASAN INI AKAN BERMULA SEAWAL BULAN FEBRUARI 2015.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN
PENGANJURAN PROGRAM SEPERTI INI WAJAR DIJADIKAN CONTOH AKTIVITI YANG MAMPU MENARIK PERHATIAN PENGUNJUNG DARI DALAM DAN LUAR NEGARA. IANYA BUKAN SAHAJA MEMBERI FOKUS KEPADA KOLAM AIR PANAS ITU SEMATA-MATA MALAH TEMPAT INI JUGA BOLEH DIPELBAGAIGUNAKAN OLEH AKTIVITI-AKTIVITI YANG LAIN SEPERTI YANG KITA LAKSANAKAN PADA HARI INI.
OLEH YANG DEMIKIAN, MAKA BESARLAH HARAPAN SAYA SEKIRANYA PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG DAPAT MENJADIKAN PROGRAM INI SEBAGAI ACARA TAHUNAN PBT. SAYA JUGA BERHARAP PIHAK MPS DAPAT MEMPERTINGKATKAN LAGI AKTIVITI PROMOSI TERHADAP KOLAM AIR PANAS SELAYANG INI KEPADA PENGUNJUNG.
SEBELUM SAYA MENGAKHIRI UCAPAN, SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR DI ATAS UNDANGAN KEPADA SAYA UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS PADA PAGI INI.
DENGAN LAFAZ MULIA, BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..SAYA MERASMIKAN ” KARNIVAL KOLAM AIR PANAS SELAYANG 2014” PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment