Monday, 10 November 2014

Banjir lumpur: 48 keluarga terlibat bukan 28, K’jaan Pahang patut lebih prihatin

CAMERON HIGHLAND, 10 NOV: Kerajaan Pahang patut lebih prihatin membantu 48 mangsa banjir di Ringlet baru-baru ini dan bukan hanya tertumpu 28 keluarga seperti direkod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Daroyah Alwi berkata, ini berikutan dalam tinjauan beliau mendapati ramai mangsa bencana tidak mendapat bantuan secukupnya.
10599289_553222044808169_590395147303769274_nKatanya, usaha NGO Pasukan Tindakan Segera Selangor (PANTAS) membantu mangsa banjir itu diharap membuka mata semua pihak agar lebih agresif membantu mangsa banjir.
“Kita minta pihak berwajib, agensi dan Kerajaan Negeri beri mereka bantuan dan jangan biarkan mereka terkapai-kapai sendirian.
“Sebab apa yang kita lihat walaupun ada bantuan sedikit sebanyak tetapi mereka tidak dibantu dengan secukupnya,” kata Dr Daroyah selepas menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Baru Ringlet di sini, semalam.
banjircameron2Sementara itu, Ketua Operasi Pantas, Azwan Ramli turut mengesahkan perkara sama.
“PANTAS dapati tidak ada bantuan yang sepatutnya khusus secara terus oleh Kerajaan Pahang kepada mangsa bencana.
“Apa yang PANTAS dapati mangsa dibezakan dengan siapa mendaftar di bilik gerakan sahaja. Ini nampak ‘double standard’.
“Kalau diselidik di Jabatan Kebajikan Masyarakat, 28 keluarga sahaja tetapi sebenarnya lebih 40 keluarga,” kata Azwan.
Ketua PANTAS, Hamsah Djabir pula memberitahu antara bantuan yang dihulurkan wang tunai RM2,000 kepada Jawatankuasa Bencana Tempatan, barang makanan, cerek elektrik dan selimut kepada setiap keluarga terlibat.
“Kita yakin jumlah yang sedikit ini tidak mampu menolong kerosakan teruk tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan mereka,” kata beliau.
Selain PANTAS turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sini, Jabatan Amal PAS dengan kekuatan kira-kira 10 orang sukarelawan.
EZY

No comments:

Post a Comment