Tuesday 28 January 2014

Tahniah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan isteri :)

TARIKH : 18 Januari 2014 (Ahad)
AKTIVITI : Majlis Perkahwinan Anak Kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
LOKASI : Dewan Tapak Pesta, Pulau Pinang.

Tahniah diucapkan kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan isterinya Datin Azizah atas pernikahan anakanda Khansak Binti Datuk Rashid. Semoga berbahagia kekal hingga akhir hayat, ameen..












Lawatan Ke Bilik Gerakan Keadilan Cabang Balik Pulau

TARIKH : 17 Januari 2014 (Sabtu)
AKTIVITI : Lawatan Ke Bilik Gerakan Keadilan Cabang Balik Pulau.
LOKASI : Pusat Khidmat Masyarakat Balik Pulau, Pulau Pinang.










Penang International Halal Expo & Conference

TARIKH : 17 Januari 2014 (Jumaat)
AKTIVITI : Penang International Halal Expo & Conference.
LOKASI : Setia Spies, Pulau Pinang.

Menghadiri Majlis Perasmian Penang International Halal Expo & Conference yang dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng.




Memberi sokongan moral kepada usahawan-usahawan produk halal Negeri Selangor di Penang International Halal Expo & Conference, GOOD LUCK!

















Marathon Wanita 2014 (MWM) pada 16 Mac

SHAH ALAM 16 JAN: Malaysia Women Marathon (MWM) melalui Tourism Selangor mensasarkan lebih ramai peserta bakal menyertai program itu pada 16 Mac ini berikutan sambutan yang menggalakkan pada tahun sebelumnya.
Pengarah program MWM, Karen Loh, berkata Malaysia merupakan negara kelima di dunia dan negara tunggal di Asia Tenggara sehingga New Zealand yang menganjurkan aktiviti ini.
IMG_0945a“Wanita perlu yakin dalam setiap tindakan dan sekiranya tidak memulakan sesuatu, mereka tidak mampu untuk memajukan diri ke hadapan.
“Keluarga hadir tidak perlu risau kerana kita ada menyediakan aktiviti sampingan seperti aktiviti seni untuk kanak-kanak dan juga tempat penjagaa bagi menambahkan kemeriahan aktiviti,” kata Karen dalam sidang media di Hotel Concorde di sini.
Exco Pelancongan, Elizabeth Wong, berkata aktiviti itu satu titik permulaan untuk menaikkan semangat mereka supaya mereka menjadi seorang tidak mudah mengalah.
“Melalui pengalaman saya menyertai marathon di Melbourne, walaupun jarak yang saya habiskan cuma 3km namun impaknya menjadikan saya lebih kuat dari aspek mental dan fizikal serta menambahkan keyakinan diri,” kata Elizabeth.
IMG_0998aExco Kebajikan Wanita, Rodziah Ismail berkata, acara itu menyampaikan mesej kepada seluruh wanita terutamanya di Selangor bahawa kesihatan dan kecergasan itu penting.
Exco Kesihatan,Dr Daroyah Alwi, berkata program sebegini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu melihat rakyat sihat dan cergas.
“Peserta yang melibatkan diri dalam acara MWM ini boleh menjadikan acara anjuran kementerian kesihatan ini sebagai satu bentuk persediaan diri dan aktiviti pemanas badan sebelum ketiabaan MWM,” kata Daroyah.
Bagi acara MWM tahun ini, kehadiran Nashata, satu label pemakaian sukan untuk muslimah turut menjadi salah satu penaja bagi acara ini.
Malaysia Women Marathon 2014_MarchMenurut pengasas label ini, Eliza Nordin, beliau cuba untuk membuka minda para muslimah di Malaysia supaya tidak menjadikan pemakaian sebagai salah satu faktor mengapa mereka sukar untuk menyertai sukan lasak mahupun bersenam.
“Para muslimah seharusnya kekal aktif dan tiada apa yang mampu menjadi penghalang. Dengan adanya Nashata, persepsi mereka berubah dan membuatkan mereka berminat untuk melibatkan diri dalam program-program sebegini.” kata Eliza.
Majlis sidang media ini turut dihadiri oleh para penaja utama yang lain seperti Habib jewels, Prudential , Air Asia, dan GE (General Electric).

Sumber - Selangorkini.

Penyerahan SMUE dun agkat, Dun Dengkil

TARIKH : 9 Januari 2014 (Khamis)
AKTIVITI : Penyerahan SMUE Dun Dengkil
LOKASI : Pusat Khidmat Masyarakat Dun Dengkil.

Penyerahan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa pertama bernilai RM1000.00 di PKM Dun Dengkil kepada 9 waris dari keluarga yang baru kehilangan salah seorang daripada mereka. Waris berhak menerima lagi wang tunai bernilai RM1500.00 daripada kerajaan negeri Selangor. Untung jadi anak Selangor. Turut bersama Ketua Cabang Sepang, Haji Borhan Aman Shah dan Pegawai PKM Dun Deggkil, Encik Kamar.






Monday 13 January 2014

Warga Emas Terus Disantuni & Dihargai.

TARIKH : 29 Disember 2013
AKTIVITI : Majlis Pemberian Hadiah & Penghargaan Kepada Warga Emas Dun Sementa Berusia 80 Tahun Keatas.
LOKASI : Dewan Seri Kerayong, Kapar.

Program Pemberian Hadiah Dan Penghargaan Kepada Warga Emas Dun Sementa yang Berusia 80 Tahun Ke Atas adalah antara usaha memperingati jasa-jasa mereka yang telah lama menabur bakti di sini, semoga mereka terus dikurniakan nikmat kesihatan yang berpanjangan. Karnival Usahawan Peringkat Daerah Klang Bersama Dun Sementa 2013.