Wednesday 16 September 2015

Penyerahan Cek Pembiayaan Hijrah Zon Klang

AKTIVITI : Penyerahan Cek Pembiayaan Hijrah
TARIKH : 07 September 2015
LOKASI : Dewan Ahmad Razali, Batu 4, Kapar.

Majlis Penyerahan Cek HIJRAH kepada seramai 614 lagi penerima dengan jumlah keseluruhan pembiayaan sebanyak RM2,657,823.00 telah disempurnakan di Dewan Ahmad Razali, Batu 4, Kapar. Sehingga kini di Selangor, seramai 10,000 orang penerima telah mendapat manfaat dari pembiayaan Hijrah ini. Turut hadir Adun Meru, YB Dr Abdul Rani Osman dan Adun Selat Klang, YB Dr Halimah Ali. ‪#‎SelangorNegeriBerkebajikan‬









Lawatan ke Pusat Dalam Komuniti (PDK)

Pada 7 September lalu, Kerajaan Negeri telah mengadakan lawatan ke dua buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). PDK pertama yang dilawati adalah di Teluk Datok, Banting.  Selamai 35 anak-anak istimewa yang tingal dari kawasan sekitar dihantar kesana bagi membolehkan anak-anak ini mendapatkan rawatan dan fisioterapi yang sebaiknya di sana. PDK Teluk Datok turut dilengkapi dengab bilik Snoozelen. Kerajaan Negeri turut menyumbangkan sebuah ketuhar elektrik bagi kegunaan harian PDK tersebut










Lawatan seterusnya ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ara di Damansara. Dengan visi 'Mengintegrasikan OKU Bersama Masyarakat', PDK terus berusaha kearah memastikan anak-anak istimewa ini mampu menyesuaikan diri dan hidup bermasyarakat. Seramai 20 anak-anak istimewa dari kawasan sekitar mendapatkan khidmat di sini, semoga cita-cita dan hasrat kita mampu dilaksanakan dengan kerjasama padu dari semua pihak. Kerajaan Negeri turut menyumbangkan ketuhar elektrik bagi kegunaan PDK.







Thursday 10 September 2015

JEREBU. Semua dinasihatkan berwaspada

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa bagi mengelakkan mereka dari terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan.

Keadaan jerebu ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama sekali kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit seperti asma, paru-paru dan jantung.

Rakyat juga disaran meningkatkan pengambilan air dan mengurangkan aktiviti luar. Kepada para pesakit yang sedang mengambil ubat-ubatan dinasihatkan agar mengambil ubat secara teratur dan jika terasa sukar untuk bernafas segeralah bertemu doktor.


Perokok juga diharap dapat mengurangkan aktiviti merokok dan elakkan dari merokok di kawasan tertutup seperti di dalam rumah. Selain itu, pengguna jalan raya juga dinasihatkan menjaga jarak selamat antara kenderaan dan elakkan memandu sekiranya jarak penglihatan semakin teruk.


Tuesday 8 September 2015

Sambutan Di Ambang Kemerdekaan Ke-58 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

















SELANGOR BANTU MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG PANTAI BAHAGIA, KUDAT, SABAH.
















‘Kebajikan Merentasi Sempadan', Selangor sebagai sebuah negeri berkebajikan hari ini sekali lagi melaksanakan tanggungjawab menghulur tangan bukan sahaja kepada rakyat di negeri sendiri, malah ditempiaskan kepada mereka-mereka yang ditimpa bencana di negeri-negeri lain.

Seramai 94 buah keluarga dari Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah nyata terharu dan gembira dengan kehadiran deligasi dari Selangor yang hadir bertanya khabar selain membawa sumbangan bantuan kepada mereka.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 17 Jun lalu telah mengakibatkan lebih 400 penduduk di sini tinggal sehelai sepinggang.

Apa yang mengejutkan setelah lebih dua bulan berlalu, mangsa-mangsa kebakaran ini masih lagi tinggal di dewan orang ramai dan sehingga kini masih belum kelihatan sebarang pembangunan dimulakan di kawasan tersebut.

Hari ini selain pemberian sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai, kita juga menyampaikan sumbangan berupa zink kepada setiap keluarga mangsa. 

Simbolik pemberian zink ini adalah kerana di dalam pembinaan sebuah rumah, bumbung merupakan keperluan yang paling utama untuk dijadikan tempat berlindung. Walau hanya menggunakan satu tiang sahaja, zink yang akan dijadikan bumbung ini mampu meneduhkan dan melindungi kita dari hujan dan panas. 

Dengan usaha ini, kerajaan Negeri Selangor telah memberi harapan baru kepada mangsa. Oleh yang demikian, pihak berwajib tempatan digesa untuk menyegerakan pembinaan semula kediaman mereka seperti yang telah dijanjikan demi menjadikan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Sumbangan bantuan ini tidak besar nilainya tetapi ia cukup untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan negeri Sabah supaya bangun dari tidur yang lena. 

Sedangkan sebuah kerajaan negeri yang jauh dari semenanjung telah hadir menghulurkan sumbangan, tidak malu kah jika mereka hanya berdiam diri tanpa menghulurkan bantuan secara segera dan serius.


YB DR DAROYAH ALWI
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.