Tuesday 22 October 2013

Kempen Kawalan Perosak Kelapa

TARIKH : 22.10.13 (Selasa) 9.00pagi.
AKTIVITI : Merasmikan Hari Ladang, Hari Bertemu Pelanggan dan Kempen Kawalan Perosak Kelapa Peringkat Daerah Klang.
LOKASI : Kampung Sungai Serdang, Kapar.













Ulang Tahun Tokong Lian Tiong Keng.

TARIKH : 21 Oktober 2013 (Isnin) 9.30malam.
AKTIVITI : Ulang Tahun Tokong Lian Tiong Keng.
LOKASI : Restoran Dragon Seafood, Klang Utama.


Menghadiri majlis sambutan ulang tahun Tokong Lian Tiong Keng di Restoran Dragon Seafood, Klang Utama. 
Majlis bertujuan untuk mengumpul dana bagi membiayai kos perubatan Adik Wendy Yong Wei Wei, 13, yang menghidap penyakit leukemia

Majlis tersebut berjaya mengumpul dana sebanyak RM3000, Persatuan Penduduk Klang Utama juga turut menyumbangkan sebanyak RM11,000. Semoga Adik Wei Wei kembali sihat seperti anak-anak yang lain.

Tahniah atas keprihatinan bersama, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, tahniah.






Ulang tahun pertama Persatuan Penduduk TKU

TARIKH : 20 Oktober 2013 (Ahad) 8.30malam.
AKTIVITI : Sambutan ulang tahun pertama Persatuan Penduduk Taman Klang Utama Klang.
LOKASI : Restoran Dragon Seafood.











Monday 21 October 2013

Hadiah istimewa kepada calon SPM cemerlang.

TARIKH : 20 Oktober 2013 (Ahad) 5.30petang.
AKTIVITI : Seminar Fastrack SPM 2013.
LOKASI : Bilik Kuliah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).


SHAH ALAM – Anak-anak dari Dun Sementa yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijanjikan bakal menerima hadiah istimewa.

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata, ganjaran ini sengaja diberikan untuk menaikkan lagi semangat mereka bagi menghadapi SPM yang dijadualkan berlangsung beberapa minggu lagi.

Menurutnya, sesiapa sahaja anak-anak dari Dun Sementa ini tidak kira berbangsa Melayu, India mahupun Cina yang berjaya mendapatkan keputusan A untuk semua mata pelajaran , jumpa saya untuk mendapatkan hadiah. 

“Setelah keputusan dikeluarkan nanti, mereka boleh terus pergi ke Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sementa untuk memberi butiran, kejayaan mereka akan dirai.

“Sebagai Adun, kejayaan yang mereka kecapi adalah kebahagiaan kepada saya, dorongan ini diharap bakal memotivasikan mereka seterusnya membakar keazaman yang tinggi untuk terus berusaha demi mencapai apa yang mereka cita-citakan,” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup program

Seminar Fastrack SPM 2013 di Dewan Kuliah, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), semalam.

Seminar satu hari anjuran biro pendidikan dan PKM Dun Sementa berjaya mengumpulkan seramai kira-kira 120 calon SPM dari seluruh sekolah di Dun Sementa.

Beliau yang juga merupakan Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, inisiatif kerajaan negeri meluluskan peruntukan bagi melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) ini dilihat sangat relaven dan bijak. 

“Bukan semua keluarga mampu menghantar anak mereka untuk mendapatkan kelas tuisyen, dengan adanya PTRS kita dapat membantu mengurangkan beban mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana ini untuk mendapatkan kelebihan sama seperti anak-anak dari keluarga yang senang.

“Pendidikan anak-anak muda pelapis negara ini merupakan keutamaan kepada kerajaan negeri demi melahirkan modal insan cemerlang yang akan menyambung legasi kejayaan di Selangor,” katanya.

Turut hadir memberi sokongan dan kata-kata semangat, Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin dan ketua-ketua kampung.



Program basmi kemiskinan bandar MPSJ berjaya tingkat pendapatan peserta

TARIKH : 20 Oktober 2013 (Ahad) 2.30petang
AKTIVITI : Majlis Anugerah Kesejahteraan Masyarakat Bandar MPSJ 2013.
LOKASI : Hotel Sunway Resort & Spa.




SUBANG JAYA 21 OKT: Langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengadakan program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PKB) menunjukkan perkembangan positif apabila hasil kajian mendapati pendapatan purata peserta program terbabit meningkat. 
Hasil kajian MPSJ terhadap peserta program terbabit mendapati jumlah purata pendapatan bulanan mereka meningkat kepada RM1,153 berbanding kira-kira RM793 sebulan sebelum menyertai program berkenaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata program itu wajar diteruskan dan dicontohi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain, sekali gus meningkatkan taraf hidup serta pendidikan keluarga peserta program.
“Usaha ini wajar dicontohi PBT lain kerana kita mesti cari jalan bagi membantu mereka tingkatkan pendapatan seperti ibu tunggal. Anak setiap peserta PBT pula, perlu kita pantau supaya mereka mendapat pendidikan sempurna,” kata Abdul Khalid dalam Majlis Anugerah Kesejahteraan Masyarakat Bandar MPSJ 2013 di Hotel Sunway Resort & SPA, di sini, semalam. 
Program PKB membabitkan kelas bimbingan dan latihan kemahiran bagi membantu penduduk kawasan pentadbiran PBT terbabit meningkatkan pendapatan sampingan keluarga dengan menjual barangan yang mampu diusahakan secara kecil-kecilan tetapi memberi impak positif kepada mereka. 
Antara latihan yang disediakan termasuk bengkel jahitan, jahitan manik, membuat tudung saji berhias, membaiki komputer, usahawan jambu, penyediaan kek cawan, penyediaan kek dan roti serta Program Kembali Ke Sekolah.
Pada 2009, MPSJ menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan program terbabit dan jumlahnya ditambah kepada RM300,000 sejak 2010 sehingga sekarang.  
Pada majlis sama, pengusaha perniagaan jahitan manik, Noor Ashikin Ramli dan pengusaha tudung saji berhias, Rabitah Yusuf dianugerahkan Peserta Kesejahteraan Masyarakat Bandar MPSJ 2013. 
Noor Ashikin berkata, bengkel jahitan manik itu memberi manfaat dalam mempelbagaikan rekaan jahitan yang menarik, sekali gus menarik minat pelanggan untuk membeli.  
Sementara itu, Rabitah pula berkata, dia tidak menyangka perniagaan tudung saji berhias yang diusahakan secara kecil-kecilan mampu menjana pendapatan yang memuaskan untuk keluarganya.
Penyampaian sumbangan berupa barangan keperluan harian yang bernilai RM100 kepada 20 anak-anak yatim, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan turut diadakan pada majlis berkenaan. -Selangorku-

350 terima bancer Jom Shopping Deepavali

TARIKH : 20 Oktober 2013 (Ahad) 9.00pagi.
AKTIVITI : Jom Shopping Deepavali
LOKASI : Pasaraya Econsave, Jalan Tap, Kapar.


KLANG 20 OKTOBER : Seramai 350 penduduk di Dun Sementa menerima bantuan baucer Jom Shopping Deepavali, di pasaraya Econsave Persiaran Hamzah Alang, di sini. 
Program terbabit dilaksanakan menjelang perayaan Deepavali yang akan disambut bulan depan yang merupakan kesinambungan program Jom Shopping yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.
Rata-rata penerima teruja dan gembira dengan pemberian daripada Kerajaan Negeri itu.
Penerima, K.Kanniama, 51, berkata pemberian itu dapat menampung perbelanjaan dapur semasa perayaan.
“Saya ini daripada keluarga yang susah, kesihatan pun tidak begitu memuaskan, jadi saya sangat-sangat berterima kasih,” katanya ketika ditemui.
Bagi P.Alaki, 55, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha membantu golongan berpendapatan rendah. 

“Walaupun dengan jumlah macam sedikit, tapi sekurang-kurangnya kami sekeluarga gembira dengan pemberian ini,” katanya.
Sementara itu, Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata pihaknya bercadang untuk meminta baucer lebih daripada Kerajaan Negeri ekoran permintaan yang tinggi.
“Kawasan saya merupakan kawasan India yang ramai dan juga ramai yang berpendapatan rendah. Ramai yang memohon, kami terpaksa memilih sedangkan ramai yang layak.
“Jadi, saya akan panjangkan perkara ini sebelum Deepavali. Mungkin kita boleh gunakan baucer daripada Dun yang tidak habis menggunakan pemberian ini,” katanya. - Selangorku-







Berdialog mencari penyelesaian.

TARIKH : 19 Oktober 2013 (Sabtu) 10.00pagi
AKTIVITI : Sesi dialog dan mesyuarat berkenaan bantahan pembinaan tokong.
LOKASI : Jalan Kenangan, Kapar.


Rentetan dari bantahan penduduk Jalan Kenangan Khamis lalu berkenaan rancangan pembinaan sebuah tokong di kampung mereka, sebuah mesyuarat dan sesi dialog telah dijalankan di Dewan Jkkk Kg Kapar yang turut disertai ahli parlimen, YB Manivanan Gowin, ahli majlis MPK, pegawai MPK, ketua kampung, pemaju dan penduduk kampung. Alhamdulillah, sesi tersebut berjalan dengan lancar. Setelah kira-kira dua jam sesi dialog berlangsung, MPK mengesahkan bahawa pemaju hanya mendapat kelulusan untuk melakukan kerja tanah sahaja, sebarang pembinaan di tanah tersebut tidak boleh dijalankan lagi kerana masih belum mendapat kelulusan dari MPK. Diharap segala kekeliruan terjawab seterusnya permasalahan mampu diselesaikan dalam perjumpaan ini.