Monday 10 August 2015

Tahniah Mr Joe dan pasangan.

Hadir memenuhi undangan meraikan kelahiran anak perempuan ketiga DJ Joe di Taman Mas, Kapar. Tahniah Mr Joe dan pasangan.

TARIKH : 7 Ogos 2015







165 Keluarga Mangsa Banjir 2 Kali Dalam Satu Minggu Terima Bantuan

Majlis Penyerahan Sumbangan Bencana kepada 165 keluarga yang menjadi mangsa banjir 2 kali dalam tempoh seminggu di Klang Utama. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban mereka yang majoritinya adalah berbangsa cina. Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada ayah yang kehilangan 2 anak perempuannya dalam kejadian kebakaran di Kampung Jawa minggu lalu, takziah diucapkan. ‪#‎SelangorNegeriBerkebajikan‬

TARIKH : 7 Ogos 2015
LOKASI : Dewan Orang Ramai Klang Utama














Rakyat Felda Tidak Disisih, Terima Bantuan Bencana Kerajaan Negeri.

Gembira bertemu penduduk felda! Seramai 83 mangsa bencana ribut di Felda Gedangsa pada 27 Julai 2015 lalu, hari ini menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Dewan Orang Ramai Felda Gedangsa. Salam takziah dicapkan kepada semua penduduk yang terjejas akibat ribut tersebut.

TARIKH : 2 Ogos 2015











Rakyat KL terima tempias SMUE!

Majlis Penyerahan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa Pertama bernilai RM 1000.00 kepada waris yang baru kehilangan ibu, bapa, suami atau isteri & Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Batu di Kampung Padang Balang.

TARIKH : 1 Ogos 2015













Salam Takziah. Dua Beradik Perempuan Maut Rumah Terbakar Di Kampung Jawa, Klang.

Menyampaikan salam takziah YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Negeri ketika menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang kehilangan dua anak perempuan mereka apabila kediaman mereka terbakar akibat litar pintas, malam tadi. Al-Fatihah, sama-sama kita doakan agar keluarga ini kuat menghadapi ujian.

TARIKH : 29 Julai 2015








Dua beradik termasuk seorang yang juga orang kelainan upaya (OKU) maut selepas rumah mereka di Kampung Jawa, di sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Kebakaran rumah yang terletak berdekatan Masjid Dato Dagang di Kampung Jawa itu, turut menyebabkan sebuah kereta musnah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata dua beradik itu dikenal pasti sebagai Nurul Izati Azmin, 12, dan kakaknya, Nurul Hanis, 15, yang juga seorang OKU.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kebakaran pada jam 11.53 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba Dan penyelamat Kota Raja tiba di lokasi kejadian sebelum api berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

“Bapa mangsa yang dikenali sebagai Azmin, 53, dan nenek mereka, Sapiat Ishak, 79, terselamat dalam kebakaran itu. “Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

3 Kampung & 1 Taman Di Dun Semenyih Dilanda Ribut.

Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Bencana Ribut Dun Semenyih di Dewan Orang Ramai Semenyih. Seramai 183 penduduk yang kediaman mereka terjejas menerima sumbangan Kerajaan Negeri. Selain sumbangan kewangan, mangsa turut menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur. Semoga ia sedikit sebanyak meringankan beban mangsa. Turut hadir Ahli Parlimen, YB Che Rosli. Turut bersama menyampaikan sumbangan semalam adalah Lembaga Zakat Selangor.

TARIKH : 28 Julai 2015