8 Tip Mengurangkan Pengambilan Lemak & Kolestrol Dalam Makanan.
- Pilih bahagian daging tanpa lemak dan buangkan semua kulit serta lemak yang kelihatan sebelum masak.
- Masak dengan menggunakan kuali tanpa lekat.
- Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng makanan untuk mengurangkan penyerapan minyak.
- Kurangkan menggoreng makanan yang disalut tepung.
- Pelbagaikan cara memasak seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
- Serapkan minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
- Ubahsuai resipi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gunakan susu tanpa lemak dan rempah asli sebagai ganti.
- Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
No comments:
Post a Comment