AKTIVITI : Mempromosikan Hab Kesihatan Selangor ke Indonesia.
LOKASI : Jakarta dan Surabaya, Indonesia.
SHAH ALAM – Kerajaan negeri dibawah Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi terus mengorak langkah memperkenalkan negeri Selangor sebagai sebuah hab kesihatan Malaysia ke Negara jiran, Indonesia.
Program anjuran bersama Tourism Selangor turut membawa
delegasi yang terdiri daripada wakil-wakil pusat perubatan dan kesihatan swasta
dari Selangor untuk bersama-sama menjayakan International
Healthcare Tourism Expo 2013 di Jakarta selain
pelancaran Program Selangor Meets
Indonesia di Surabaya.
Exconya, Dr Daroyah Alwi berkata, demi mencapai apa
yang dicita-citakan, kerajaan negeri menyusun langkah setapak ke hadapan bagi
mempromosikan Selangor sebagai sebuah negeri yang mempunyai kepakaran perubatan
berprestij tinggi.
Menurutnya, peluang ini digunakan sebaiknya untuk
bertemu sendiri dengan kumpulan sasaran selain pengusaha pelancongan tempatan
bagi menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kemudahan perubatan dan tarikan
lain yang terdapat di Selangor.
“Tujuan kita
jelas untuk menarik minat khasnya rakyat Indonesia supaya datang ke Selangor
bagi mendapatkan khidmat perubatan dan kesihatan yang berkualiti dengan harga
yang lebih murah dan selesa, malah kelebihan ini juga turut bakal dirasai
penjaga atau keluarga mereka yang turut hadir menemani.
“Pakej yang melibatkan pelbagai pihak ini bakal
memudahkan segala urusan pesakit, mereka tidak perlu risau tentang dimana
keluarga mereka akan tinggal, bagaimana untuk mendapatkan makanan dan minuman
halal, lokasi pelancongan menarik, beli belah dan banyak lagi,” katanya.
Antara pusat perubatan dan kesihatan swasta yang
menghantar wakil adalah Sunway Medical Centre, DEMC Specialist Hospital,
Sri Kota Specialist Medical Centre dan Hospital Columbia Asia.
Dr Daroyah berkata, selain Selangor mempunyai
kepakaran, doktor-doktor hebat yang bertauliah, hospital dan prasarana
perubatan canggih, Selangor juga terkenal dengan lokasi-lokasi pelancongan
menarik yang bakal memenuhi citarasa pengunjung.
“Di sana, kita menerima respon yang sangat positif,
kebanyakan mereka telahpun mengenali Selangor dan tahu kelebihan selain
lokasi-lokasi menarik yang ada di sini.
“Kita yakin dengan pelbagai pakej yang ditawarkan
ini mampu menarik minat para pelancong bagi mendapatkan khidmat perubatan di
sini,” katanya.
END/
No comments:
Post a Comment