RASA sakit dan lesu seluruh badan biasanya disebabkan keletihan dan kerja keras, namun tidak ramai daripada kita yang mengaitkannya dengan masalah kemurungan.
Keadaan itu
menyebabkan ramai mereka yang mengalami kemurungan tidak menyedari
mereka mempunyai masalah tersebut kerana menyangkakan sakit badan yang
dialami adalah sakit biasa.
Ramai yang tidak sedar bahawa kesakitan yang tidak dapat dijelaskan ini sebenarnya berkait rapat dengan kemurungan
Para penyelidik mendapati bahawa 82 peratus daripada pesakit murung yang datang mendapat rawatan daripada pengamal perubatan pada awalnya tidak mengetahui mereka mengalami gejala kemurungan.
Ini menyebabkan mereka tidak mendapat rawatan sewajarnya, sementara 18 peratus lagi hanya menerima ubat anti kemurungan.
Pemahaman mengenai hubung kait kesakitan dan kemurungan amat penting bagi memudahkan proses rawatan penyakit tersebut.
Ini terutama bagi
pesakit yang berada di tahap yang lebih kronik sehingga terdorong kepada
perasaan ingin membunuh diri. Kemurungan merupakan penyakit yang
melanda kira-kira 121 juta manusia di seluruh dunia.
Malam menurut
Laporan Kesihatan Sedunia 1999 yang diterbitkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan merupakan penyakit keempat paling
ramai dihidapi di dunia yang boleh menimbulkan ketidakupayaan individu.
"Perlu untuk diberitahu kepada masyarakat juga bahawa kemurungan bukan penyakit yang sengaja diada-adakan.
"Ia adalah satu
penyakit yang memerlukan rawatan dan banyak mempengaruhi kehidupan
lebih-lebih lagi dalam negara yang mengalami krisis ekonomi," katanya.
Dalam pada itu,
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Yen Teck Hoe berkata,
terdapat beberapa simptom kemurungan yang boleh dikenalpasti secara mata
kasar.
Ini termasuk hilang
minat atau keinginan terhadap aktiviti yang lazim dilakukan seperti
bersukan, riadah bersama keluarga, seks dan sebagainya.
"Pesakit juga mudah dilanda rasa sedih, cepat marah, hilang tumpuan dan lebih teruk lagi timbul rasa ingin bunuh diri.
"Kemurungan tidak
mengenal mangsa, ia boleh terjadi kepada kanak-kanak semuda usia lima
tahun dengan simptom yang berbeza," tambah beliau.
Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 2:1.
Dr. Teck Hoe berkata, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki dengan nisbah 2:1.
"Antara sebabnya
ialah perubahan peringkat hormon yang dialami wanita. Itu sebabnya,
kemurungan berlaku ketika wanita mengalami peredaran haid, hamil selepas
bersalin dan putus haid.
"Biasanya wanita akan menunjukkan tanda-tanda kemurungan seperti putus asa dan tidak berupaya manakala lelaki pula bersikap berang atau cepat marah," jelas beliau.
"Biasanya wanita akan menunjukkan tanda-tanda kemurungan seperti putus asa dan tidak berupaya manakala lelaki pula bersikap berang atau cepat marah," jelas beliau.
Dari segi
saintifiknya, penyelidikan mendapati kemurungan disebabkan
ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin
dan noradrenalin.
Serotonin ialah
sejenis bahan kimia yang wujud dalam sistem saraf pusat dan perubahan
paras serotonin dalam otak boleh mengubah mood seseorang.
Begitu pun, kajian
turut mendapati bahawa kemurungan boleh diwarisi yang bermaksud ia
mempunyai hubung kait dengan faktor genetik.
Sementara itu,
perunding psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Nor
Zuraida Zainal, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Penyakit Kronik dan
Hubung Kaitnya dengan Kemurungan dan Kesakitan pula menjelaskan,
kemurungan di kalangan pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti
barah, jantung, strok dan parkinson boleh memburukkan lagi keadaan
kesihatan mereka.
"Hubung kait kemurungan dan penyakit kronik amat tinggi. Kesakitan menyebabkan kemurungan dan kemurungan menyebabkan kesakitan.
"Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan keadaan psikologi pesakit, seterusnya membawa kepada kemurungan.
"Kemurungan pula
boleh memburukkan lagi keadaan kesakitan dan menjejaskan keadaan fizikal
yang mengganggu keberkesanan rawatan penyakit tersebut," jelas beliau.
Sementara itu,
pensyarah kanan Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM), Dr. Jesjeet Singh Gill berkata, cabaran sebenar dalam
mengenal pasti kesakitan dan kemurungan ini ialah untuk mengatasi stigma
yang berkait rapat dengan diagnosis dan rawatan penyakit tersebut.
"Tinjauan Kesihatan
dan Morbiditi Kebangsaan kedua pada tahun 1996 menyatakan 10.7 peratus
daripada orang dewasa Malaysia berusia 16 tahun ke atas menghadapi
masalah kesihatan mental.
"Kemurungan
menyumbang 11.8 peratus kepada masalah psikologi paling umum dihadapi
oleh para responden. Walaupun peratusan itu tidak tinggi, ia telah
menunjukkan tanda-tanda amaran.
"Didapati hanya
sebilangan kecil pesakit yang berjumpa dengan pengamal perubatan am
untuk mengatasi masalah kemurungan manakala hanya segelintir yang terus
berjumpa dengan pakar psikiatri," jelas beliau.
Dr. Jesjeet
menambah, masalah kemurungan ini boleh dirawat namun ramai pesakit yang
enggan atau keberatan untuk berjumpa pengalam perubatan.
"Kami mendapati
para pesakit enggan mendapatkan rawatan kerana mereka bimbang akan
dipulaukan. Mereka juga takut dipandang rendah di tempat kerja dan
mereka yang menghidapi masalah ini masih dianggap sebagai mempunyai
masalah emosi atau kurang keazaman," ujar Dr. Jesjeet.
Pensyarah kanan
Jabatan Perubatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Ting Joe Hang
menegaskan kemurungan bukan satu kelemahan peribadi tetapi penyakit yang
menjejaskan otak dan memerlukan rawatan segera.
"Sekiranya pesakit
mempunyai empat atau lima simptom tetapi tidak tahu apakah sebabnya
berkemungkinan mereka menghidap kemurungan.
"Pesakit tidak
harus berdiam diri, mereka perlu berjumpa dengan doktor dan utarakan
kemungkinan menghidapi kemurungan supaya mereka boleh dirujuk kepada
doktor pakar. Perkara yang tidak harus dilakukan oleh doktor ialah
dengan menganggap kesakitan fizikal ini sebagai sakit biasa," ujar
beliau.
Menerusi satu
kajian kes yang dijalankan, beliau mendapati bahawa seorang suri rumah
yang mengadu mengalami sakit gigi masih mengalami kesakitan tersebut
walaupun giginya telah dicabut.
"Menerusi perbualan
dengan pakar psikiatri, menemukan hasil bahawa wanita tersebut
sebenarnya mengalami kemurungan sejak tiga tahun lalu iaitu sebelum dia
mengalami kesakitan gigi.
"Wanita itu juga mengakui sukar tidur, hilang selera makan, tidak lagi gemar berkebun seperti dahulu dan mudah sensitif.
http://infokesihatan4u.blogspot.com/2013/09/kemurungan-perlu-dirawat.html
No comments:
Post a Comment