Thursday 21 November 2013

Kenapa perlu tolak GST??? Jangan lupa temu janji kita! #fahamgsttolakgst




  • GST adalah satu cukai baru yang membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
  • Penurunan cukai pendapatan dan cukai syarikat tidak akan meringankan beban rakyat terbanyak kerana mejoriti rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak membayar cukai kerana pendapatan yang rendah.
  • Kutipan cukai sedia ada  dan pendapatan negara yang lain termasuk hasil minyak dan lain-lain adalah mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara, tidak perlulah memperkenalkan cukai baru yang membebankan rakyat.
  • Masalah defisit negara berpunca dari keborosan, ketirisan dan amalan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Jalan paling berkesan menangani masalah defisit negara adalah dengan mengamalkantata kelola ekonomi yang telus dan menghapuskan rasuah.
  • Pelaksanaan GST akan menyebabkan inflasi dan harga barang naik secara keseluruhannya kerana cukai tambahan yang dikenakan dan kos pelaksanaan GST (yang dianggarkan RM5 billion) yang akan ditanggung oleh rakyat melalui kenaikan harga.
  • GST hanya sesuai dilaksanakan setelah pendapatan rakyat meningkat dan mejoriti rakyat membayar cukai pendapatan (kerana pendapatan melebihi had minima dikenakan cukai) supaya pelaksanaan GST diimbangi dengan penurunan cukai pendapatan. Tumpuan kerajaan perlulah untuk kenaikkan kadar gaji pekerja, bukan mengenai cukai baru.

No comments:

Post a Comment