Monday 11 November 2013

Kempen Ayuh Gempur Aedes Perdana.

TARIKH : 10 November 2013 (Ahad) 9.00pagi.
AKTIVITI : Merasmikan Kempen Ayuh Gembur Aedes Peringkat Daerah Kuala Selangor.
LOKASI : Bandar Baru Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR, 10 NOV : Penduduk di Daerah Kuala Selangor diminta untuk memastikan rekod kadar kes wabak denggi yang rendah agar kesihatan masyarakat terus terpelihara daripada wabak yang boleh menyebabkan maut itu.
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata kadar statistik denggi Negeri Selangor yang mempunyai kes jangkitan denggi yang paling tinggi di negara ini memerlukan perhatian semua pihak untuk melaksanakan program bersepadu pembasmian dan pencegahan.
Gempur Aedes 01“Namun Daerah Kuala Selangor tidak mencatatkan kes wabak dengi yang tinggi dan tidak melibatkan sebarang kes kematian. Justeru dengan ini penduduk penduduk dan MDKS amnya seharusnya mengekalkan prestasi ini,” kata Dr Daroyah.
Beliau berkata demikian semasa Majlis Gotong Royong Perdana Gempur Aedes di semua PBT di DUN Bukit Melawati yang mana program itu turut diadakan serentak di 12 PBT seluruh Selangor.
Majlis itu juga turut disertai oleh Pegawai Penyelaras DUN Bukit Malawati , S. Manikavasagam dan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Azahari Sairin.
Gempur Aedes 02Dalam program itu, Dr Daroyah  juga turut serta dalam gotong royong berkenaan serta memantau keadaan longkang-longkang seliaan MDKS serta lawatan kawasan kebun komunitit sejurus selepas itu.
Program gotong- royong itu juga melibatkan kakitangan MDKS bagi mewujudkan kesedaran penjagaan kebersihan bersama.
-EZY














No comments:

Post a Comment