Sunday 10 November 2013

Selangor Meets Indonesia.

TARIKH : 29 Oktober 2013 (Selasa)
AKTIVITI : Mempromosikan Hab Kesihatan Selangor ke Indonesia.
LOKASI : Jakarta dan Surabaya, Indonesia.





SHAH ALAMKerajaan negeri dibawah Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi terus mengorak langkah memperkenalkan negeri Selangor sebagai sebuah hab kesihatan Malaysia ke Negara jiran, Indonesia. 

Program anjuran bersama Tourism Selangor turut membawa delegasi yang terdiri daripada wakil-wakil pusat perubatan dan kesihatan swasta dari Selangor untuk bersama-sama menjayakan International Healthcare Tourism Expo 2013 di Jakarta selain pelancaran Program Selangor Meets Indonesia di Surabaya.

Exconya, Dr Daroyah Alwi berkata, demi mencapai apa yang dicita-citakan, kerajaan negeri menyusun langkah setapak ke hadapan bagi mempromosikan Selangor sebagai sebuah negeri yang mempunyai kepakaran perubatan berprestij tinggi.

Menurutnya, peluang ini digunakan sebaiknya untuk bertemu sendiri dengan kumpulan sasaran selain pengusaha pelancongan tempatan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan kemudahan perubatan dan tarikan lain yang terdapat di Selangor.

 “Tujuan kita jelas untuk menarik minat khasnya rakyat Indonesia supaya datang ke Selangor bagi mendapatkan khidmat perubatan dan kesihatan yang berkualiti dengan harga yang lebih murah dan selesa, malah kelebihan ini juga turut bakal dirasai penjaga atau keluarga mereka yang turut hadir menemani.

“Pakej yang melibatkan pelbagai pihak ini bakal memudahkan segala urusan pesakit, mereka tidak perlu risau tentang dimana keluarga mereka akan tinggal, bagaimana untuk mendapatkan makanan dan minuman halal, lokasi pelancongan menarik, beli belah dan banyak lagi,” katanya.

Antara pusat perubatan dan kesihatan swasta yang menghantar wakil adalah Sunway Medical Centre, DEMC Specialist Hospital, Sri Kota Specialist Medical Centre dan Hospital Columbia Asia.

Dr Daroyah berkata, selain Selangor mempunyai kepakaran, doktor-doktor hebat yang bertauliah, hospital dan prasarana perubatan canggih, Selangor juga terkenal dengan lokasi-lokasi pelancongan menarik yang bakal memenuhi citarasa pengunjung.

“Di sana, kita menerima respon yang sangat positif, kebanyakan mereka telahpun mengenali Selangor dan tahu kelebihan selain lokasi-lokasi menarik yang ada di sini.


“Kita yakin dengan pelbagai pakej yang ditawarkan ini mampu menarik minat para pelancong bagi mendapatkan khidmat perubatan di sini,” katanya.

END/


No comments:

Post a Comment