Wednesday 13 November 2013

Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  • Lemas.
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang.
  • Terkena renjatan elektrik.
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu. 
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir.
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa.
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah.
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir.
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  • Sentiasa minum air yang telah dimasak.
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman.
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
    • Guna tandas yang sempurna.
    • Buang sampah di tempat yang betul. 
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor.
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.


No comments:

Post a Comment