Sunday 9 August 2015

Sambutan Eidul Fitr Peringkat Negeri Selangor 2015

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah buat julung kalinya mencemar duli menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri Peringkat Selangor 2015 di perkarangan Stadium Shah Alam.
Sambutan Aidilfitri tahun ini disambut meriah dengan lebih 50,000 rakyat pelbagai kaum mengambil peluang bersua muka dan bersalaman dengan baginda dan Dato' Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), hannah Yeoh selain Exco Negeri antaranya, Dr Daroyah Alwi, Iskandar And Samad, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zaidy Talib dan Teng Chang Khim.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran diplomat asing, pemimpin politik, ketua jabatan kerajaan Selangor dan pelancong.
Majlis bermula jam 10 pagi dan berakhir 3 petang itu menyediakan 80 gerai makanan membabitkan peserta program HIJRAH selain 12 keterer yang menyajikan pelbagai juadah, kebanyakkannya menu tempatan seperti sate, rendang daging, lemang, ketupat palas dan kambing golek.
Pada majlis sama, baginda turut berkenan meluangkan masa bersalaman rakyat sebelum menyerahkan duit raya kepada 450 penerima terdiri daripada golongan orang kelainan upaya (OKU), warga emas, anak yatim, ibu tunggal dan Orang Asal turut dirai.























No comments:

Post a Comment