Wednesday 5 August 2015

Selangor Orked Fesyen Festival 2015 martabat wanita berdaya

AKTIVITI : SELANGOR ORKED FESYEN FESTIVAL 2015
TARIKH : 30 MEI 2015 (SABTU)
LOKASI : SHAH ALAM CONVENTION CENTRE














SHAH ALAM, 25 MEI: Selangor Orked Fesyen Festival 2015 khusus bagi memartabatkan dan memberi pendedahan kepada wanita berdaya dengan fesyen.
Penganjurannya juga membuka ruang kepada pereka fesyen tempatan mempamerkan hasil rekaan tersendiri.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, inisiatif itu diambil sebagai kesinambungan matlamat menjadikan Shah Alam sebagai kota seni.
11263102_1069841356362878_3662893931810804968_n
“Seiring dengan kualiti yang diterapkan kepada wanita berdaya di Selangor, ia wajar dihiasi dan disulami dengan penampilan hebat serta meyakinkan tanpa kita mengetepikan ciri ketimuran iaitu sopan juga anggun.

“Kita juga menyahut seruan Kerajaan Negeri menjadikan bandaraya ini sebagai kota seni dengan mengetengah pereka fesyen tempatan dan luar negara selain menarik mereka memilih Shah Alam sebagai pusat fesyen ‘sopan dan anggun’ di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Penganjuran Selangor Orked Fesyen Festival 2015 itu turut mensasarkan penyertaan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa, artis, peminat rekaan fesyen masa kini, usahawan industri fesyen juga aksesori, intitusi pengajian tinggi dan pelancong.
Selangor Orked Fesyen Festival 2015 itu bukti sokongan Kerajaan Negeri dalam memberi ruang berkarya kepada pereka fesyen tempatan.
“Kita menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam industri fesyen di Selangor untuk membantu usahawan wanita menjana pendapatan dan meluaskan pasaran.
“Kita juga memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang rekaan fesyen untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti mereka,” katanya.
Katanya, penganjur menyediakan 80 gerai jualan dan 80 peratus daripadanya sudah ditempah.
Selangor Orked Fashion Festival 2015 berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), selama tiga hari bermula 29 Mei hingga 31 Mei ini.

No comments:

Post a Comment