Monday 10 August 2015

Salam Takziah. Dua Beradik Perempuan Maut Rumah Terbakar Di Kampung Jawa, Klang.

Menyampaikan salam takziah YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tuan Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Negeri ketika menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang kehilangan dua anak perempuan mereka apabila kediaman mereka terbakar akibat litar pintas, malam tadi. Al-Fatihah, sama-sama kita doakan agar keluarga ini kuat menghadapi ujian.

TARIKH : 29 Julai 2015








Dua beradik termasuk seorang yang juga orang kelainan upaya (OKU) maut selepas rumah mereka di Kampung Jawa, di sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Kebakaran rumah yang terletak berdekatan Masjid Dato Dagang di Kampung Jawa itu, turut menyebabkan sebuah kereta musnah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata dua beradik itu dikenal pasti sebagai Nurul Izati Azmin, 12, dan kakaknya, Nurul Hanis, 15, yang juga seorang OKU.

Pasukan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kebakaran pada jam 11.53 malam dan jentera pertama dari Balai Bomba Dan penyelamat Kota Raja tiba di lokasi kejadian sebelum api berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

“Bapa mangsa yang dikenali sebagai Azmin, 53, dan nenek mereka, Sapiat Ishak, 79, terselamat dalam kebakaran itu. “Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

No comments:

Post a Comment