Wednesday 5 August 2015

Sukan Anak Muda Dun Semanta

AKTIVITI : KEJOHANAN SUKAN PIALA YB DR DAROYAH ALWI
TARIKH : 7 JUN 2015 (AHAD)
LOKASI : CHAMPIONS SPORT ARENA KLANG UTAMA.












Penganjuran julung kali Kejohanan Sukan Piala ADUN Sementa, YB Dr Daroyah Alwi memperlihatkan sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan membabitkan 64 pasukan anak muda yang berlangsung meriah baru-baru ini (7 Jun 2015).

Walaupun kejohanan kali hanya terbuka hanya kepada anak-anak muda dari seluruh DUN Sementa sahaja, sambutan yang ditunjukkan sangat menggalakkan dari seluruh latarbelakang tanpa mengira bangsa dan agama.

Sebanyak 32 pasukan futsal. 16 pasukan bola jaring dan 16 pasukan bola keranjang berentap merebut gelaran sulung juara Piala YB Dr Daroyah Alwi selain mengintai peluang untuk menyarung jersi DUN Sementa di Liga Sukan Selangor Plus menentang 55 DUN lain seluruh negeri Selangor yang dijadualkan berlangsung Ogos nanti.

Kejohanan ini berlangsung di tiga lokasi berbeza. Pertandingan futsal berlangsung di Champions Sport Arena, Taman, Klang Utama, bola keranjang di Taman Sungai Kapar Indah dan bola jaring di Dewan Taman Seri Kerayong sebelum ketiga-tiga pemenang berkumpul di Champions Sport Arena, Taman, Klang Utama untuk sesi penyampaian hadiah yang disampaikan sendiri oleh ADUN, YB Dr Daroyah Alwi yang juga Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

Kejohanan sukan ini dilihat sebagai satu mekanisme membentuk persefahaman dan hubungan erat antara generasi muda bersama pimpinan tempatan. Ekoran sambutan yang amat menggalakkan, kita bercadang untuk menjadikan kejohanan tersebut sebagai acara tahunan bagi DUN Sementa.

Selain mengeratkan ikatan silaturahim, kejohanan ini juga mampu mengasah bakat-bakat muda di dalam sukan untuk digilap agar akhirnya mahu mengharumkan nama Sementa, Negeri Selangor dan negara. Pada masa sama, ia juga mampu membendung pembabitan gejala sosial yang tidak sihat dalam kalangan muda-mudi.

Selain daripada itu, turut mencuri tumpuan adalah perlawanan persahabatan ‘Otai Masih Berbisa’ diantara pasukan ketua-ketua kampung menentang pasukan pilihan Pusat Khidmat Dun Sementa.
Pasukan yang berjaya bergelar juara membawa pulang wang tunai RM1000.00, piala pusingan, piala iringan dan medal.










No comments:

Post a Comment