Thursday 10 September 2015

JEREBU. Semua dinasihatkan berwaspada

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil berat tentang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa bagi mengelakkan mereka dari terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menjejaskan kesihatan.

Keadaan jerebu ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama sekali kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang menghidap penyakit seperti asma, paru-paru dan jantung.

Rakyat juga disaran meningkatkan pengambilan air dan mengurangkan aktiviti luar. Kepada para pesakit yang sedang mengambil ubat-ubatan dinasihatkan agar mengambil ubat secara teratur dan jika terasa sukar untuk bernafas segeralah bertemu doktor.


Perokok juga diharap dapat mengurangkan aktiviti merokok dan elakkan dari merokok di kawasan tertutup seperti di dalam rumah. Selain itu, pengguna jalan raya juga dinasihatkan menjaga jarak selamat antara kenderaan dan elakkan memandu sekiranya jarak penglihatan semakin teruk.


No comments:

Post a Comment