Monday 7 September 2015

JELAJAH BASIKALTON DAERAH KLANG RENTASI 6 KAMPUNG DI DUN SEMENTA.

AKTIVITI : Jelajah Basikalton Daerah Klang
TARIKH : 15 Ogos 2015
LOKASI : Dun Sementa















Program Sihat Selangor diperluaskan lagi dengan penglibatan 9 Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) seluruh Negeri Selangor.

Hari ini PDT Klang menjadi PDT kedua yang menyahut cabaran menganjurkan Program Sihat Selangor 'Jelajah Basikalton' melintasi 6 buah kampung di Dun Sementa dengan jarak kira-kita 23 kilometer.

Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan dan memberi peluang kepada PDT untuk merancang apa jua program kesihatan yang mampu menarik minat masyarakat di daerah masing-masing.

Jelajah Basikalton ini bermula seawal jam 8.00 pagi, mereka berkumpul di Masjid Kampung Sungai Serdang, melakukan senaman regangan sebelum memulakan kayuhan merentasi lima lagi kampung iaitu Kampung Batu 12, Kampung Kapar, Kampung Perepat, Kampung Sementa dan berakhir di Kampung Batu 4.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat berkayuh pada hari ini. Mereka terdiri daripada anggota Polis dari Balai Klang Utara, PDT Klang, Pejabat Kesihatan Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang, pimpinan masyarakat tempatan dan penduduk di Dun Sementa. Pegawai Daerah, Mohd Zainal Mohd Nor turut berkayuh sehingga tamat dalam jelajah.

Selain daripada jelajah berbasikal, setiap kampung turut melaksanakan program gotong-royong Terjah Dan Musnah Aedes demi mencapai cita-cita menjadikan Negeri Selangor sifar tempat pembiakan Aedes.

Semoga program-program sebegini berjaya menarik minat kita untuk bersama-sama menjaga kesihatan dan memastikan kawasan persekitaran bebas dari tempat pembiakan denggi.

YB DR DAROYAH ALWI
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor.

No comments:

Post a Comment