Sunday 6 October 2013

Halfest 2013

TARIKH :5 Oktober 2013 (Sabtu)
AKTIVITI : Lawatan Halfest 2013 mengiringi Adinda Sultan Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin.
LOKASI : Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan.



SERI KEMBANGAN - Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknlogi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi mempelawa para usahawan di Selangor untuk menghadiri Pameran Pesta Halal Malaysia 2013 (Halfest 2013) yang bakal melabuhkan tirai pada hari ini (6 Oktober 2013).

Daroyah berkata, pameran ini bakal memberi peluang, pengalaman dan ilmu berharga kepada para usahawan terutamanya bagi pembangunan usahawan desa dan luar bandar Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Peluang ini tidak sepatutnya kita lepaskan, kerajaan negeri sendiri di bawah Program Pembangunan Usahawan Selangor telah menghantar 11 usahawan untuk turut serta dalam menjayakan pameran kali ini.

"Berada di dalam sebuah program yang dilihat sistematik ini, mereka diharap dapat belajar sebanyak mana ilmu baru, berkongsi pengetahuan dan mengumpul pengalaman berharga agar dapat dibawa pulang untuk dikongsi bersama usahawan-usahawan lain di Selangor," katanya semasa mengiringi Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin melawat Halfest 2013 yang berlangsung di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan.

Pameran yang berlangsung selama lima hari bermula 2 hingga 6 Oktober anjuran Shapers Malaysia Sdn Bhd berjaya mengumpulkan kira-kira 500 usahawan tempatan pelbagai produk dari seluruh negara.

Menurutnya lagi, penganjuran Halfest 2013 ini juga dilihat sebagai satu usaha pemangkin untuk memperjuangkan industri halal negara.

"Ia bukan satu perkara yang mustahil untuk meneruskan kebaikan ini dengan penganjuran Halfest Selangor pada masa akan datang.

"Selain itu, platform ini juga bakal merancakkan lagi taraf sosioekonomi penduduk di Selangor selain membuka lebih banyak peluang pekerjaan kelak," katanya.

Lawatan turut disertai Pengerusi Shapers Malaysia, Datuk Syed Hussain Al-Habshee dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Badlisyah Abdul Ghani.

END/



Memberi sokongan moral kepada usahawan Selangor dibawah Program Pembangunan Usahawan Selangor.

No comments:

Post a Comment