Monday 21 October 2013

Pembinaan tokong dibantah

TARIKH : 17 Oktober 2013
AKTIVITI : Bantahan penduduk Jalan Kenangan berkenaan pembinaan sebuah tokong di kawasan kampung.
LOKASI : Jalan Kenangan, Kapar.

KAPAR - Seramai kira-kira 20 penduduk kampung dari Jalan Kenangan berkumpul bagi membantah rancangan pembinaan sebuah tokong yang akan didirikan bersama sebuah perumahan baru di kawasan kampung mereka.

Hasil pertemuan di antara pemaju bersama wakil Pejabat YB Dr Daroyah, ahli majlis (MPK), wakil Jabatan Perairan dan Saliran Selangor (JPS), wakil bahagian kejuruteraan MPK, ketua kampung dan penduduk setempat sebulat suara memutuskan agar projek pembinaan tersebut dihentikan serta merta buat sementara waktu.

Keputusan sama ada projek tersebut boleh diteruskan ataupun tidak bergantung kepada keputusan mesyuarat khas yang akan diadakan pada 19 Oktober 2013 (sabtu) di Balai Penghulu Kapar pada jam 10.00 pagi.

Bantahan yang berlangsung selama kira-kira dua jam setengah itu berakhir pada jam 4.30 petang.














No comments:

Post a Comment