Sunday 13 October 2013

S.P.I.E.S Kepimpinan Masyarakat 2013.

TARIKH : 12 Oktober 2013 (Sabtu) 11.00 pagi.
AKTIVITI : Program S.P.I.E.S Kepimpinan Masyarakat 2013.
LOKASI : Hotel Impian, Morib.







MORIB - Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inivasi, YB Dr Daroyah Alwi hadir memberi semangat dan sokongan moral kepada kira-kira 43 pemimpin tempatan dari Dun Sementa yang mengikuti program S.P.I.E.S Kepimpinan Masyarakat 2013 di Hotel Impian.

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini dilihat telah berjaya memberi semangat baru kepada pimpinan ini untuk terus menabur bakti dan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dan masyarakat di tempat masing-masing.

Dr Daroyah berkata, Dun Sementa ada sembilan kampung dan setiap jawatankuasa kampung diarah untuk menghantar lima wakil, mereka semua akan di satukan bersama dalam sebuah program yang bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu kepimpinan mereka. 

"Setelah dua hari mereka berada di sini, mereka memberi reaksi yang sangat positif, pemikiran mereka lebih terbuka dan mereka kelihatan lebih bersemangat untuk meneruskan tugas memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat. 

"Mereka hadir dari kampung yang berlainan dan setiap kampung mempunyai masalah yang berbeza, di sana mereka akan berkongsi maklumat, bertukar pengalaman dan saling membantu untuk mencari penyelesaian bagi masalah di tempat masing-masing," katanya.

Dr Daroyah yang juga Adun Sementa melahirkan rasa kagum melihat kerjasama dan semangat setia kawan yang ditunjukkan pemimpin-pemimpin tempatan ini. 

"Usia langsung tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk duduk semeja, pemimpin yang lebih muda menghormati pemimpin yang lebih berpengalaman, begitu juga sebaliknya, mereka mempunyai komunikasi yang baik dan saling bertolak ansur antara satu sama lain.

"Mereka semua merupakan tulang belakang kepada kejayaan di Dun Sementa, perkongsian dan kerjasama yang hebat ini akan menjadikan Dun Sementa sebagai Dun terbaik di Selangor selari dengan cita-cita untuk menjadikan Selangor sebagai negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan , InsyaAllah.

Menurutnya lagi, kita juga sudah merancang untuk melaksanakan program dan aktiviti yang sama untuk pimpinan tempatan yang terdiri daripada bukan islam.

"Setelah melihat keberkesanan program ini, pemimpin kaum Cina dan India juga akan dihantar untuk mengikuti program dua hari satu malam ini," katanya.

No comments:

Post a Comment