Monday 10 November 2014

Hampir separuh kes denggi seluruh negara dari Selangor

KUALA LUMPUR: Sebanyak 41,507 kes denggi dengan 58 kematian berlaku di Selangor daripada 84,682 kes yang dicatat di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata ia berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 25 Oktober lalu, lapor Selangor Kini.

Katanya, perangkaan itu menunjukkan hampir 50 peratus kes denggi berlaku di negeri itu dengan 1,000 ke 1,200 kes baharu dicatat setiap minggu.

“Kita meletakkan sasaran pengurangan kes sebanyak 50 peratus iaitu kepada 500 kes seminggu,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan sesi taklimat pelaksanaan Gotong Royong Mega 2014: Terjah dan Musnah Aedes Negeri Selangor di semua peingkat bagi membendung masalah itu.

Katanya, ia bermatlamat menerjah sekali gus memusnahkan tempat berpotensi pembiakan aedes di seluruh kampung, perumahan, pejabat dan kawasan tumpuan ramai.

“Ia akan dilaksanakan serentak di seluruh Selangor bermula pada 16 November ini,” katanya.



No comments:

Post a Comment