Monday 10 November 2014

Noh Omar tuduh isu MB punca kematian kes denggi tinggi tak berasas

SERDANG 10 NOV: Dakwaan Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa kematian kes denggi meningkat akibat isu Menteri Besar Selangor di kalangan Pakatan Rakyat adalah tidak berasas.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata meskipun terdapat beberapa Exco direhatkan semasa proses peralihan berlangsung, namun portfolio mereka diambil alih Exco PAS yang masih berkhidmat ketika itu.
noh-omar“(Kenyataan) itu sangat tidak betul kerana walaupun sewaktu Exco direhatkan, tetapi portfolio saya dan yang lain-lain diambil alih, jadi program kita untuk banteras wabak denggi dan sebagainya terus dilaksanakan.
“Bila saya masuk semula memang saya sambung apa yang dibincangkan pemangku Exco sebelum ini, tiada apa-apa masalah,” katanya kepada Selangor Kini.
Terdahulu, Noh Omar, berkata Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab terhadap kematian mangsa denggi kerana membiarkan perbalahan dalaman berlaku ketika wabak itu menyerang.
Katanya, ketika mereka bergaduh untuk mencari menteri besar, kes denggi di Selangor meningkat hampir 100 peratus.
Bagaimanapun Kerajaan Selangor baru-baru ini sudah melancarkan Program Terjah dan Musnah Aedes Selangor 2014 secara besar-besaran dalam usaha memerangi wabak di negeri itu.
EZY

No comments:

Post a Comment