Tuesday 11 November 2014

Program Kesihatan Wanita Saringan Kanser Payudara Percuma bersama MAKNA di Bangunan SUK

AKTIVITI : Program Kesihatan Wanita Saringan Kanser Payudara Percuma bersama MAKNA
TARIKH : 12 & 13 November 2014
LOKASI : Dewan Annex, Bangunan SUK.





Program Kesihatan Wanita Saringan Kanser Payudara Percuma bersama MAKNA berlangsung selama 2 hari bermula hari ini (12 November 2014) di Dewan Annex, Bangunan SSAAS. Oleh yang demikian, semua kaum hawa seluruh negeri Selangor dijemput untuk turut serta mengambil peluang dalam program ini untuk menimba ilmu tambahan juga pemeriksaan percuma terutamanya para penjawat awam yang bekerja di Bangunan SUK.

Kini kanser payudara merupakan kanser paling biasa dan berbahaya di kalangan wanita di Malaysia. Kanser payudara adalah disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal di dalam tisu. Jika tidak dikesan dan dirawat segera, sel kanser boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain termasuk paru-paru, tulang dan hati. 



Semua wanita berumur 20 ke atas adalah berisiko untuk menghidap kanser payudara. 70% kes kanser payudara terjadi pada wanita berumur 40 tahun ke atas.

Dalam jangkamasa 3 tahun diantara 2003 hingga 2005, 11,952 kes baru telah dilaporkan di Pendaftaran Kanser Negara. Daripada jumlah ini, 38% kes baru adalah kanser payudara di kalangan wanita dengan peratus yang agak sama diantara tiga kaum terbesar, Melayu (42.4%), Cina (38.9%) dan India (37.5%).

Pada tahun 2007, kadar purata umur untuk wanita adalah 30.4 untuk setiap 100,000 wanita berbanding dengan lelaki. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 286 lelaki yang menghidapi kanser payudara dengan kadar purata umur 1.2 untuk setiap 100,000 lelaki.

Ramai wanita diluar sana masih tidak sedar tentang Acaman serangan kanser.Punca peningkatan penghidap kanser juga adalah daripada penggunaan produk kegunaan harian. Kini syarikat Pengeluar tuala wanita juga sedang bersaing sesama mereka dengan mengeluarkan iklan masing-masing tanpa menghiraukan tentang kesan sampingan pengguna akan alami oleh pengguna.

Bayangkan jika ANDA atau ADIK atau IBU yang tidak tahu tentang kisah disebalik proses pembuatan tuala wanita ini. Kemudian setiap hari menggunakan produk yang berasaskan SAMPAH ini setiap hari. Lama-kelamaan akan memudaratkan diri anda dan keluarga.


No comments:

Post a Comment